Tuesday, April 13, 2010

tu dia, dia mai dah

Sebut aje superstar Rajni.. syok gila.. bukan apa sebab dia berlakon fuhh, siap ada trademark lagi. zupp..zapp. Anak aku yang no. 2 kongsi minat dgn aku tgk ceghita Tamil. Sampai siap hapai jalan ceghita lepaih ni jadi apa. tu dia hang kata!
Jadi banyak la aktiviti kami tergendala ceh wah.. macam la tiap-tiap minggu ada aktiviti. bukan apa .. pasai filem Tamil depa tayang haghi Ahad. Tengahari TV2, pastu pulak Astro Vannavil.
Yang heghan tu.. dok tak boleh cakap tamil jugak daghi tak lagi sampai dah anak 3 boleh bilang ngan jari beghapa kerat je yang boleh sebut.. rumber nandrik.
dulu aku minat gak tgk ceghita Hindustan, pasai lagu dia kot! Nak kata minat kat Shah Rukh Khan dak jugak tapi bila herofilem Tamil vahhhh.Ceghita Hindustan ni love story je, tu yang meluat tu.
Ceghita Tamil ni kita sentiasa nak tau apa kesudahannya. tu yang banjir lam ghumah..feeeling habih!! Cd filem Tamil pun aku beli, konon nak buat koleksi.. tup-tup anak aku pasang 14 kali. tu siang saja malam dak lagi. Macam man tak ghosak CD ngan CD player. Sedih tu sedih gak.. Maklumla minat gilerr... tapi bukan die hard fan tau.

1 comment: