Sunday, May 23, 2010

Jangan marah ye...


Haa..jangan maghah na... ni dia
superstar Rajini yang aku dan famili aku minat sangat.. Bukan apa..filem Tamil ni ending dia ada yang hepi ada yang sedih.. Filem Tamil nie selalunya ceghita pasai kehidupan, kisah masyarakat, kisah politik laaagi dasyat. Bom sana, bom sini.
Tu yang aku minat sangat.. ye lah tuuuu.... Bukan saja hero dia aku minat, tukang wat lawak pun aku minat. Nama dia Vadivello, ala yang suka kena
aniaya tu.. takkan tak kenai kot.. Hang pa nak tau dak? aku nak habag mai, dulu hubby aku tak minat nak tengok ceghita Tamil ni, lepaih kawen ngan aku, dia teruihh minat. Kalau panggei tak dengaq, bukan buat-buat tak dengaq na, pasai dok tumpu menghayati ceghita, kalau boleh masa bertumbuk tu, siap jadi pengaghah lagi.Tu dia hang kata..Anak-anak aku pun sama,
filem Hindustan ni kita dah tau ending dia macam mana, hepi jeeeer! la ni pulak seksi terlampau heroin dia.. tak kuase i. Tapi kalau ceghita Tamil ni depa boleh tunggu sampai habih. Yang bestnya.. anak-anak aku pun sama. Sanggup tunggu sampai
habih ceghita Tamil.
Cd Chandramukhi, yang ori aku beli 2 set, pastu burn cd 4 set. 6-6 habih depa punya gheja.. mengamuk la aku. Awat dak, siang saja pasang 14 kali, malam sakgi 14 kali pulak. Ayah depa tak laghat nak maghah, `aku nak tengok begh
ita pun tak boleh`..
Yang terbaghu Arundhati, mak ooi ceghita dia kalau boleh aku pun nak berlakon sama.Jalan cehgita best.. sampai ending wa cakap lu best gilerr aarr. Ni nak pi caghi cd dia la nie..Bukan apa, nak buat
koleksi.. Yang berjaya aku soghok Sivaji The Boss. paih tu cd Anniyan pulak. Walau pun cehgita lama tapi mana-mana filem best aku akan caghi cd. Kuruvi pun best juga.

Yang nie, nama dia Arjun berlakon filem Mudhalvan, ala yang jadi Perdana Menteri untuk
sehari, heroin dia Manisha Koilara kalau filem Hindustan, Anil Kapoor jadi hero dia, heroin Rani Mukerjee. Cuma 1 je yang leceh... subtitile tak dak kalau beli cd tu yang kena tengok dulu kat tv, paham ceghita ok, set!

Yang ni pulak nama dia Vikram, dia yang berlakon filem Anniyan, split personaliti, heroin dia tak ingat nama apa... Filem Tamil ni beghani buat kisah politik noo, bunuh, geng parang, bom semua .Apa pun enjoy the movie.... dah, trademark depa kot noo..

Thursday, May 6, 2010

pahlawan-pahlawanku



Inilah pahlawan-pahlawanku.. dua-dua lasak tapi aku x kurus-kurus pun. Cuma maintain plum aje. Bangun pagi jam 5.30 termasuk yang kecil. Bersiap punyala awai bukan apa nak beghangkut ke dalam gheta tu yang masalah sikit .Awat dak beg sekolah depa, beg baju lagi beg mengajaq lagi. Balik sekolah depa kelepek sekali ngan ibu depa. Tu yang x slim-slim lagi.
Baru-baru ni aku pi SKSJ ngan kak Nani, mak ooi jauhnya ghasa dah sampai Gerik , rupanya Sg. Jernih. Pi tu Haghi Jumaat lalulah pekan haghi. Bangga sesangat bangsa sendiri masih punya tanah warisan. Yelah kena pertahankan, kalau x macam mana anak cucu nak kenai jenis-jenis pokok kayu, jenis-jenis ikan sungai. Aku nak kata orang laut pun dak, orang darat pun dak. Nasib baik la hubby aku minat memancing, kenai la juga ikan yang dia bawak balik. Kira ikan fresh gitu...
Masa nak balik daghi Sg. Jernih tukang kebun dia bawak balik ikan ara @ ruhu. 3 ekor RM 10.Itulah pertama kali aku tau nama ikan x pernah tengok pun..
GB dia pun rajin berkebun.. anggur, roselle, kucai dll. Tu kalau juai kat pekan sari (sehari) dapat untung tuu wa cakap lu.
Minggu lepas aku sibuk gila, terkejaq ke sana terkejaq ke sini. pecah rekod seminggu x masak nasi. Main ode saja. Pegi PPD ambik sijil, ambik laptop kat Lipson, hantaq pulak CPU untuk reformat heghet sekali ngan 3 beradik. Bukan apa ajar depa dan ajar dighi aku sendighi untuk tidak menghaghapkan bantuan sesiapa kecuali kalau dah x berdaya..
Nanti tunggu Si Udin besaq sikit, nak menjahit pulak. La ni dok tengah menghimpun kain pasang yang aku beli sikit-sikit. Ada ghezeki , aku nak beli mesin jahit tepi. pastu sambung belajaq menjahit kat KEMAS, Batu Kurau. Yelah dari mengandung sampai Udin dah berjalan mana aku pi dah. InsyaAllah, tahun depan kakak ngan b.chik pi sek. KAFA aku pi belajaq habih belajaq aku pi ambik depa balik. Tetapi..... dalam beranak kecik aku berjaya menjahit manik bling-bling kat bj kurung n jubah aku. siap down load kat internet lagi.. yang senang aje lah yang susah belum lagi. Nanti bj kurung kakak kalau ada masa aku jahit manik biaq la cantik menarik sama macam ibu dia... ala anak pompuan sorang tu!

Wednesday, April 28, 2010

aku tengah bengang ni... printer aku ada problem lak. sudahnya kena beli yang baru le.. apa ceghita kita ari ni arr? banyak kali dok try upload gambaq kat facebookx jadik-jadik. tu yang frust bangat! la ni dok tengah belajaq wat facebook. jadi la juga tapinya gambar x boleh upload. pasai lawa sangat kot. macam puteri impian he..he.. Gambaq ni aku ambik kat ghumah mak aku masa hari raya posa beberapa tahun lepas . anak yang kecik pun x dak lagi. Depa panggei aku mak datin , masa tu aku punya dressing very the gitu.. Aku yanh lebih beraya sakan maklm la aku yang jahit baju raya sendighi. La ni pun dok cuba-cuba jait manik.. boleh la berkilau- kilauan x yah guna lampu suluh.

Tuesday, April 13, 2010

tu dia, dia mai dah

Sebut aje superstar Rajni.. syok gila.. bukan apa sebab dia berlakon fuhh, siap ada trademark lagi. zupp..zapp. Anak aku yang no. 2 kongsi minat dgn aku tgk ceghita Tamil. Sampai siap hapai jalan ceghita lepaih ni jadi apa. tu dia hang kata!
Jadi banyak la aktiviti kami tergendala ceh wah.. macam la tiap-tiap minggu ada aktiviti. bukan apa .. pasai filem Tamil depa tayang haghi Ahad. Tengahari TV2, pastu pulak Astro Vannavil.
Yang heghan tu.. dok tak boleh cakap tamil jugak daghi tak lagi sampai dah anak 3 boleh bilang ngan jari beghapa kerat je yang boleh sebut.. rumber nandrik.
dulu aku minat gak tgk ceghita Hindustan, pasai lagu dia kot! Nak kata minat kat Shah Rukh Khan dak jugak tapi bila herofilem Tamil vahhhh.Ceghita Hindustan ni love story je, tu yang meluat tu.
Ceghita Tamil ni kita sentiasa nak tau apa kesudahannya. tu yang banjir lam ghumah..feeeling habih!! Cd filem Tamil pun aku beli, konon nak buat koleksi.. tup-tup anak aku pasang 14 kali. tu siang saja malam dak lagi. Macam man tak ghosak CD ngan CD player. Sedih tu sedih gak.. Maklumla minat gilerr... tapi bukan die hard fan tau.

Tuesday, April 6, 2010

MENCARI MEMBER LAMA..

..sebenaqnya aku nak cari member lama aku dari sekolah rendah, menengah pas tu maktab lak. mana tau kan jumpa balik depa-depa nie. la ni aku dah pindah kat Batu Kurau. Kampung lama aku dah tak dak. ari tu aku balik kok Lunas dah ada bangunan sekolah Tamil baru.. sedih tau . mesti depa ingat aku tinggai lagi kat Lunas padahai kami dah berpindah ke Kg. Padang Cempedak, Jarak Atas.
Baru-baru nie.. aku carik jugak dalam facebook, jumpa member lama. kalau dapat no telefon best gak boleh dengaq sora depa. Setakat nak chating dalam intenet tak puas la rasanya, kalau dengaq sora depa .. sure banjir..
Maklum la dah beghapa tahun tak jumpa.. Dulu sekolah rendah SKLL (82-87), sek. menengah pulak SMTunku Panglima Besar (88-92). Dulu area Kulim tu lekat tapak kasut aku je, la ni nak jejak Kulim rasa macam dok bandaq, daghi Pdg Cempedak nak pi Kulim saja dah beghapa traffic light. kalau rasa nak shopping paling dekat pi Tasek Gelugor ka, Kepala Batas ka ikut suka..

ANDA NAK TAHU??????

TUNGGU...............